Saturday, April 1, 2017

Petua Untuk Mengelakkan Tumit Merekah

Assalamualaikum..

Dapatkan Tumit Yang Cantik
Tumit kaki pecah seringk saja dialami oleh suri yang kerap bekerja di dapur. Sedihnya hati apabila tumit kaki tidak lagi secantik seperti zaman anak dara. Sebenarnya ada petua yang boleh dipraktikkan untuk mengembalikan semula tumit yang cantik.


*Ambil betik muda lalu potong di bahagian kepala betik. Ini membolehkan anda mendapatkan getahnya. Kemudian, sapu getah tadi dekat tumit kaki yang merekah. Amalkan sekerapnya.

*Anda boleh juga menggosok tumit kkai dengan belimbing buluh. Kemudian bilas sampai kering. Belimbing buluh bertindak sebagai skrup yang berkesan.


*Marjerin Elak Tumit Merekah
Bagi menghilangkan tumit kaki ysng merekah, ambil marjerin dan sapu di tumit. Amalkan selalu insyaAllah tumit tidak merekah lagi.


Cubalah! Mana tahu ianya serasi dan berkesan untuk anda.

Kunyit Kurangkan Selsema

Assalamualaikum..

Apabilaanak mengalami selsema, ibu pasti akan susah hati. Anak-anak meragam dan mula buat perangai kerana tidak selesa dengan keadaan hidung tersumbat. Boleh cuba amalkan petua ini untuk mengurangkan masalah ketidakselesaan hidung tersumbat itu.

Sapu kunyit hidup pada batang hidung si kecil. Sifat kunyit itu sendiri membantu mengeringkan selsema yang dialami. Semoga anak kecil anda bebas dari selsema yang dialami. Tips ni Alhamdulillah, biasa dilakukan bila Sarah selsema. Berkesan
gambar ihsan google.

Petua Menghilangkan Panas Badan

Assalamualaikum..

Terlebih makan durian atau daging ada ketikanya boleh membuatkan badan menjadi panas dan tidak selesa. Kadangkala hendak memakai baju pun jadi rimas. Boleh amalkan petua ini jika mahu kurangkan panas badan.

Kisar biji timun dan campurkan sedikit garam dan gula. Amalkan setap pagi, petang dan malam selama beberapa hari. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa panas tu.

Cubalah.. (gambar ihsan google)